Thursday, August 4, 2016

Berjumpa Kembali!

Assalamualaikumu..alaikum...alaikum yeah....(lagu Assalamualaikum) Assalamualaikum, kawan-kawan yang Sarah kasihi. Apa khabar? Sudah cukup sudah lama kita tidak berjumpa! Yalah, kerja rumah Sarah berlambak ditambah lagi dengan exam yang tidak lama lagi akan muncul. Sarah sangat teruja + nervous kerana exam yang akan menentukan Sarah masuk kelas 6E atau 6F. Jika keputusan ujian Sarah teruk, maka bye-byelah 6E. Tetapi, jika keputusan ujian Sarah baik, yeah! Masuk kelas 6E!! Wooooohoooo! OKeylah, cukup cukup. Jangan nak drama sangat. Baiklah, itu sahaja!BYe!! Sehingga kita berjumpa lagi! Assalamualaikum...

Nak tahu pasal hidup Sarah? Tekan link di bawah...
suarahatisarah.blogspot.my

Sunday, June 12, 2016

Telefon Baru!

Hai dan assalamualaikum semua! Sarah ada berita gembira iaitu Sarah ada telefon bimbit baharu. Jenamanya Blackview. Cantik dan murah. Hanya RM299.00 sahaja. Baiklah, bye!
Layari link di bawah untuk membaca cerita Sarah yang lain.
suarahatisarah.blogspot.my

Rutin Malam(SEKOLAH!)

Hai dan assalamualaikum semua! Memandangkan hari ini hari terakhir cuti sempena perayaan Hari Gawai, Sarah hendak menyenaraikan rutin malam Sarah ketika persekolahan esok hari. Scroll ke bawah untuk membacanya!

Sudah pasti pada waktu malam, kita akan makan dahulu bukan? Sama juga dengan Sarah. Sarah akan makan makanan berat sebelum tidur. Kemudian, Sarah berjalan menuju ke bilik mandi untuk menggosok gigi dan mencuci muka. Selepas itu, Sarah akan menukar baju biasa kepada baju tidur. Tadaa! Sarah sudah jadi pari-pari. Hahahaa...Bergurau sahaja ya! Selepas menukar baju, Sarah akan mengemas beg sekolah untuk persekolahan. Kemudian, Sarah akan mencapai buku cerita atau novel remaja untuk dibaca supaya mata mengantuk. Selepas merasakan mata ingin beradu, apa lagi. Tidurlah!

Hah! Bagaimana? Best tak? Kalau best, like dan comment tau!
Layari link di bawah untuk mengetahui rutin harian Sarah yang lain.
suarahatisarah.blogspot.my

Thursday, June 9, 2016

Ramadhan Bermula!

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini Sarah berpuasa kerana bulan ini bulan Ramadhan. Walaupun hampir digoda oleh makanan, namun Sarah tetap menahan lapar. Ini kerana perut Sarah sudah kenyang kerana makan banyak. Hahahaha...Baiklah, jumpa lain kali!
Layari link di bawah ye!
suarahatisarah.blogspot.my

Friday, May 27, 2016

Cuti Sekolah Bermula!

Hai dan assalamualaikum semua! Hari ni Sarah nak kongsikan tentang cuti sekolah yang bakal bermula esok! Sarah berasa teruja kerana Sarah akan pergi ke Kuala Lumpur untuk melancong. Sarah teringin nak kongsikannya dengan kawan-kawan. Kawan-kawan bila akan bercuti? Esok atau minggu depan? Sayang kawan-kawan!
Layari link di bawah ye!
suarahatisarah.blogspot.my

Saturday, May 21, 2016

Rutin Malam(CUTI!)

Hai dan assalamualaikum semua! Kita bertemu kembali di Suara Hati Sarah! Memandang hari sudah pun malam, Sarah hendak menceritakan tentang rutin malam Sarah. Baik, jom! Scroll ke bawah untuk membacanya!

Biasanya, Sarah tidak biasa mandi pada waktu malam kerana air panas pun boleh jadi sejuk. Sarah sudah cuba, dan hasilnya! Sarah tidak dapat tidur malam. Terpaksalah Sarah tonton TV untuk hilangkan rasa sejuk. Okey, kembali ke realiti. Sarah akan menukar baju biasa kepada baju tidur. Taada! Sarah sudah bertukar kepada pari-pari EXO! Hahahaa...Bergurau sahaja. Habis menukar baju, Sarah akan mengemaskini blog atau bermain dengan telefon bimbit Samsung GT700 Sarah. Sesudah bermain, Sarah akan bersenam menggunakan basikal senaman Sarah. Kemudian, Sarah akan makan sesuatu snek yang sihat seperti Honey and Almond Cereal dan Air Susu Pekat Manis. Habis makan snek, Sarah akan membaca buku dan terus terlelap!

Hah! Bagaimana? Best tak rutin malam Sarah? Kalau best, like dan comment tau!

suarahatisarah.blogspot.my

Hari Tanpa Telefon Bimbit dan Laptop Kesayangan(OH TIDAK!!)

Hai dan assalamualaikum semua! Kita bertemu lagi di blog Suara Hati Sarah! Pernah tak kawan-kawan rasakan hari tanpa telefon bimbit dan laptop kesayangan? Sarah dah pernah laluinya. Macam mimpi ngeri! Jom baca kisah Sarah! Scroll ke bawah!

Suatu hari, Sarah balik dari sekolah. Macam biasa, Sarah tonton TV dahulu. Tetapi, mata Sarah hendak tidur. Jadi, Sarah cari laptop kesayangan Sarah. Tetapi, tiada? Bagaimana ni? Jadi, Sarah merancang untuk bermain telefon bimbit. Namun, Sarah terlupa. Mama Sarah sudah pesan jangan main telefon bimbit ketika minggu persekolahan! OH TIDAKKK!!!!

Macam mana? Best tak? Kalau best, like dan comment tau! Sayang kawan-kawan!

suarahatisarah.blogspot.my