Saturday, May 21, 2016

Rutin Malam(CUTI!)

Hai dan assalamualaikum semua! Kita bertemu kembali di Suara Hati Sarah! Memandang hari sudah pun malam, Sarah hendak menceritakan tentang rutin malam Sarah. Baik, jom! Scroll ke bawah untuk membacanya!

Biasanya, Sarah tidak biasa mandi pada waktu malam kerana air panas pun boleh jadi sejuk. Sarah sudah cuba, dan hasilnya! Sarah tidak dapat tidur malam. Terpaksalah Sarah tonton TV untuk hilangkan rasa sejuk. Okey, kembali ke realiti. Sarah akan menukar baju biasa kepada baju tidur. Taada! Sarah sudah bertukar kepada pari-pari EXO! Hahahaa...Bergurau sahaja. Habis menukar baju, Sarah akan mengemaskini blog atau bermain dengan telefon bimbit Samsung GT700 Sarah. Sesudah bermain, Sarah akan bersenam menggunakan basikal senaman Sarah. Kemudian, Sarah akan makan sesuatu snek yang sihat seperti Honey and Almond Cereal dan Air Susu Pekat Manis. Habis makan snek, Sarah akan membaca buku dan terus terlelap!

Hah! Bagaimana? Best tak rutin malam Sarah? Kalau best, like dan comment tau!

suarahatisarah.blogspot.my

No comments:

Post a Comment