Hai dan assalamualaikum semua! Sarah hendak memberitahu bahawa Sarah sangat bersyukur kerana dapat buat blog Suara Hati Sarah ini! Jadi, sebagai tanda bersyukur, Sarah akan menceritakan sedikit fasal rutin harian Sarah pada minggu persekolahan. Kawan-kawan sudah bersedia? Jom! Scroll ke bawah untuk membaca rutin Sarah ini!
Pada pukul 5.15 pagi, Sarah akan bangun untuk bersiap-siap ke sekolah. Sudah pastilah sebagai pegawas mesti pergi ke sekolah lebih awal. Kemudian, Sarah akan membaca buku untuk hilangkan rasa mamai ini. Itupun hanya 1-2 muka surat sahaja. Habis sahaja membaca, Sarah akan mengambil tuala mandi berbentuk rama-rama yang dibeli semasa Sarah masih bayi. Sampai sekarang Sarah masih menggunakannya sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa Sarah. Terima kasih mama dan ayah! Okey. Kita kembali ke realiti. Sarah akan mandi menggunakan air sederhana panas dan syampu rambut Matrix agar rambut Sarah kekal berseri dan lurus. Habis sahaja mandi, Sarah akan memberus gigi Sarah agar kekal putih dan bersih. Tidaklah kena marah doktor gigi di sekolah ketika beliau memeriksa gigi murid-murid! Hahaha...Kemudian, Sarah akan mengeringkan badan dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Selepas itu, Sarah akan memakai uniform dan tudung. Lalu, Sarah akan bersembahyang Subuh sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T kerana Sarah masih hidup di muka bumi ini. Habis sahaja solat, Sarah akan mengemas beg sekolah yang Sarah hias sendiri menggunakan pen marker dan reben serta rantai kunci. Selesai mengemas buku teks dan buku latihan, Sarah akan mengemas katil yang tidak ubah seperti sarang tikus. Ini kerana semasa Sarah tidur, Sarah asyik bergolek ke sana sini! Hahahaha...Tidak lah seperti tikus sebenar. Kemudian, Sarah akan bersarapan dan pergi ke rumah kedua Sarah iaitu SEKOLAH!
Hah! Bagaimana? Best tak rutin Sarah setiap pagi? Kalau best, like dan comment tau! Sayang kawan-kawan!
suarahatisarah.blogspot.my
No comments:
Post a Comment