Hai dan assalammualaikum semua! Hari ini Sarah sangat gembira! Disebabkan Sarah sangat gembira hari ini, Sarah akan menceritakan sedikit tentang rutin selepas sekolah Sarah! Kawan-kawan sudah bersedia? Jom! Scroll ke bawah untuk membaca rutin Sarah ini!
Selepas pulang dari sekolah(jika tiada aktiviti kokurikulum), Sarah akan balik awal. Sarah akan mencari makanan dahulu. Jika waktu rehat di sekolah Sarah makan mee, Sarah akan nasi di rumah. Begitu juga sebaliknya. Hrmm! Sedapnya! Habis makan, Sarah akan naik ke rumah Sarah di tingkat 3. Sarah tinggal di pangsapuri bukan apartment yang perlu dibayar dan ada pak guard itu ya! Di rumah, Sarah akan menonton TV yang melambai mesra menunggu Sarah untuk menontonnya. Habis menonton, Sarah akan menukar baju sekolah kepada baju biasa. Sarah tidak biasa mandi selepas pulang dari sekolah kerana Sarah tidak berbau busuk. Hahahaaha....Berhentilah ketawa. Selesai menukar baju, Sarah akan membuat kerja sekolah yang membosankan...Yeay...(tiada semangat) Apabila mendengar azan, Sarah tinggalkan kerja sekolah berlambak di atas meja dan terus mengambil wuduk. Brr...Sejuknya! Dan tibalah masanya Sarah menunaikan solat Zuhur.
Hah! Bagaimana? Best tak rutin harian Sarah ini? Kalau best, like dan comment tau! Sayang kawan-kawan!
suarahatisarah.blogspot.my
No comments:
Post a Comment