Hai dan assalamualaikum semua! Kita bertemu lagi di Suara Hati Sarah! Hari ini Sarah sangat teruja dan gembira jadi Sarah ingin menceritakan sedikit tentang rutin pagi Sarah ketika cuti. Jadi, scroll ke bawah untuk membaca rutin Sarah yang agak menarik ini!
Pada pukul 8.54 pagi(biasalah cuti kan), Sarah akan bangun untuk mandi. Namun, seperti biasa Sarah akan mencapai laptop kesayangan Sarah untuk melayari Internet, menonton video di Youtube dan mengemaskini Blog Sarah ini. Selepas rasa bosan asyik menatap laptop yang ternganga luas, Sarah akan menonton TV yang setia menunggu Sarah. Biasanya Sarah akan menonton cerita Running Man, Oh! My English dan Oh! My Baby yang direcord Sarah sehari lebih awal agar tidak terlepas. TV yang berguna ini memang membantu! Kemudian, Sarah akan mandi sambil menyanyi lagu kegemaran Sarah iaitu Lepaskan oleh Wani feat Juzzthin! Mereka adalah penyanyi yang sudah popular di Malaysia. Habis mandi, Sarah akan memakai baju T-shirt dan seluar panjang.(Baju Sarah yang paling digemari ialah EXO! Jangan cemburu ye!) Okey, back to the reality. Habis menyiapkan diri, Sarah akan mengemas katil Sarah yang bersepah. Sebabnya sudah Sarah ceritakan di blog Rutin Harian Sarah(Pagi SEKOLAH!) Habis sahaja mengemas katil, Sarah akan bersarapan dengan berselera!
Hah! Bagaimana? Best tak rutin harian Sarah ini? Kalau best, like dan comment tau! Sayang kawan-kawan!
suarahatisarah.blogspot.my
No comments:
Post a Comment